Kerjaya antarabangsa Leandro Trossard

Trossard telah dipanggil beberapa kali untuk menyertai pasukan kebangsaan Belgium. Jurulatih Roberto Martinez mula memanggil Trossard bagi mewakili Belgium pada September 2018[17] dan dipanggil lagi sebulan kemudian apabila Trossard terpaksa untuk berehat akibat kecederaan.[18] Trossard hanya dilihat memanaskan bangku simpanan lagi pada Mac 2019. Akhirnya, beliau melakukan penampilan sulungnya pada 5 September 2020 dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah menentang Denmark selepas beliau menggantikan Dries Mertens pada minit ke-80 permainan yang berakhir dengan kemenangan Belgium 2-0.[19] Dalam perlawanan pertamanya sebagai kesebelasan utama pasukan, Trossard menjaringkan gol pertama dan keduanya untuk Belgium ketika membelasah Belarus 8-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 pada 30 Mac 2021.[20]

Trossard telah disenaraikan ke dalam skuad Belgium yang bertanding ke kejohanan UEFA Euro 2020 pada 17 Mei 2021.[21][22]

Rujukan

WikiPedia: Leandro Trossard http://static.belgianfootball.be/project/publiek/j... http://www.soccerway.com/players/leandro-trossard/... http://en.uefa.com/teamsandplayers/players/player=... https://www.rbfa.be/en/news/selection-red-devils-e... https://api.sporza.be/permalink/web/articles/15357... https://api.sporza.be/permalink/web/articles/15387... https://www.bbc.com/sport/football/55769222 https://www.bbc.com/sport/football/56247527 https://www.brightonandhovealbion.com/news/2019/ju... https://us.soccerway.com/matches/2012/05/13/belgiu...